Juara Regu Terbuka Indonesia 2008

Siapa sangka gandingan Mohd. Fairuzizuan dan Mohd. Zakry mampu menjuarai acara beregu buat kali kedua selepas menang di Terbuka Singapura minggu lalu. Daripada pengamatan saya di TV1 petang semalam, nampak gandingan ini makin garang, tapi tidak segarang Koo Kien Keat-Tan Boon Heong ketika mula-mula beraksi di Doha tahun lalu.

Saya cukup teruja bila salah seorang daripada mereka (saya lupa siapa) yang membuat pukulan low backhand dari belakang gelanggang sehinggakan pihak Indonesia tertipu atau ‘terkena’ dalam istilah saya dan rakan-rakan. Dua kali pukulan itu dibuat. Memang tidak terjangka.

Gandingan ini mengharapkan kelayakan ke Sukan Olimpik bulan 8 nanti tapi keputusan terletak pada tangan jurulatih. Sekiranya salah satu regu Malaysia yang telah layak menempah tiket ke Sukan Olimpik di Beijing itu mengalami kecederaan, berkemungkinan kemasukan Fairuzizuan dan Zakry ni dapat dipertimbangkan. Itulah yang diharapkan mereka.

Prestasi mereka semakin membanggakan. Siapa sangka, gandingan ini yang mampu mengulangi juara selepas Pertandingan Badminton Terbuka Indonesia yang dijuarai oleh Razif Sidek-Jalani Sidek pada 1990, 18 tahun yang lalu. Membanggakan lagi, lawan mereka semalam bukan calang-calang regu. Candra Wijaya-Tony Gunawan adalah bekas juara Olimpik dan juara dunia. Semestinya kemenangan semalam dengan membawa pulang RM56,000 menjadi kenangan dan pencapaian mereka yang sangat dihargai.

Related posts

AddThis Social Bookmark Button

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

No comments yet.

Leave a comment

(required)

(required)