Chong Wei Hambar
Apa sudah jadi dengan Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Olimpik Beijing semalam menentang pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Lin Dan. Sedari awal lagi Chong Wei tidak menunjukkan prestasi yang seperti mana beliau pada sukan² sebelum ini. Ternyata semalam dia agak merudum dan kaku serta pergerakan yang lambat berbanding Lin Dan yang sentiasa mengasaknya.
Pada set kedua Chong Wei seperti mempunyai taktik baru setelah diberi nasihat daripada jurulatihnya Misbun Sidek pada rehat selepas set pertama. Namun taktiknya hanya bertahan untuk beberapa mata sehingga Lin Dan kembali mengasaknya dengan menggunakan taktik yang sama, seolah² mengetahui titik kelemahan Chong Wei dengan amat jelas. Kemenangan Lin Dan sebanyak 9 kali sebelum ni dalam 14 pertemuan mungkin menjadikannya sudah masak dengan pergerakan Chong Wei.
Perlawanan semalam boleh dikatakan agak hambar bagi kedua² pemaian. Tiada aksi menarik yang ditunjukkan seperti selalu. Chong Wei pula kelihatan gugup pada set pertama, mungkin kerana bermain di tempat lawan yang nyata mempunyai penyokong yang lebih ramai. Sedikit sebanyak memberi tekanan kepada anak kelahiran Pulau Pinang tersebut.
Walau apapun, Chong Wei berjaya menghadiahkan pingat perak pertama buat Malaysia dan berjaya mengatasi Rashid Sidek yang mendapat pingat gangsa dalam Olimpik Atlanta pada tahun 1996. Chong Wei mendapat ganjaran RM 30,000 daripada kerajaan serta pencen RM 3,000 sebulan.
Last 5 posts by Adi
- Chong Wei Tanpa Misbun - January 7th, 2009
- Chong Wei akan Bergelar Datuk - August 21st, 2008
- Setapak ke Pingat Emas - August 15th, 2008
- Hanya Tinggal Chong Wei - August 14th, 2008
- Choong Hann, Mew Choo Membanggakan - August 12th, 2008
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.



Comments
No comments yet.
Leave a comment