Archive for August, 2008
Chong Wei akan Bergelar Datuk
Bertuah badan anak kelahiran Pulau Pinang ni apabila berjaya mengharumkan nama negara dalam temasya Sukan Olimpik Beijing biarpun tidak berjaya membawa pulang pingat emas, sekadar pingat perak yang mengiringinya ke Malaysia.
Lee Chong Wei dikhabarkan akan dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada kerajaan Pulau Pinang pada 30 Ogos nanti. Chong Wei juga menerima ganjaran RM [...]
Chong Wei Hambar
Apa sudah jadi dengan Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Olimpik Beijing semalam menentang pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Lin Dan. Sedari awal lagi Chong Wei tidak menunjukkan prestasi yang seperti mana beliau pada sukan² sebelum ini. Ternyata semalam dia agak merudum dan kaku serta pergerakan yang lambat berbanding Lin [...]
Setapak ke Pingat Emas
Lee Chong Wei berjaya membanggakan Malaysia setelah mengalahkan Sony Dwi dalam perlawanan badminton suku akhir perseorangan lelaki Olimpik Beijing 2008. Ini menjadikannya orang kedua selepa Rashid Sidek yang layak ke separuh akhir pada sukan Olimpik 1996.
Dalam enam pertemuan antara Lee Chong Wei dan Sony Dwi Kuncoro, ini adalah kemenangannya yang kelima. Lee Chong Wei akan [...]
Hanya Tinggal Chong Wei
Agak mengecewakan apabila pasangan beregu emas suatu ketika dulu; Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong kecundang di tangan pemain Indonesia; Markis Kido dan Hendra Setiawan. Walaupun pernah menang menentang pasangan Indonesia tersebut dalam enam perlawanan sebelum ini, namun di Olimpik Beijing seakan² mereka tidak pernah bertemu. Mungkin juga pasangan muda negara ini agak gugup [...]
Choong Hann, Mew Choo Membanggakan
Prestasi yang membanggakan daripada pemain perseorangan kedua Malaysia, Wong Mew Choo apabila layak ke suku akhir Olimpik Beijing dalam acara badminton perseorangan wanita.
Choong Hann pula berjaya menewaskan Taufik Hidayat dengan straight set 21-19, 21-16. Berita semalam mengatakan yang Taufik sangat yakin untuk membawa pingat emas bagi Indonesia dalam perseorangan lelaki badminton walaupun dirasakan kurang yakin [...]

