Chong Wei akan Bergelar Datuk

Bertuah badan anak kelahiran Pulau Pinang ni apabila berjaya mengharumkan nama negara dalam temasya Sukan Olimpik Beijing biarpun tidak berjaya membawa pulang pingat emas, sekadar pingat perak yang mengiringinya ke Malaysia.

Lee Chong Wei dikhabarkan akan dianugerahkan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada kerajaan Pulau Pinang pada 30 Ogos nanti. Chong Wei juga menerima ganjaran RM 30,000 daripada kerajaan pusat berserta dengan pencen RM 3,000 sebulan sepanjang hayatnya. Memang seronok.

Ini adalah kali kedua anak muda yang mendapat gelaran Datuk dalam acara sukan selepas Datuk Nicol Ann David bagi sukan skuasy. Kerajaan Pulau Pinang memang sangat bermurah hati.

Lee Chong Wei memang berhak mendapat ganjaran² tersebut berdasarkan semangat dan ketekunannya dalam mempertingkatkan prestasinya sebagai pemain badminton perseorangan negara. Apa yang dia dapat adalah apa yang dia berhak. Semoga Lee Chong Wei akan terus maju dan menjadi pembakar semangat bagi atlet² yang lain.

Related posts

AddThis Social Bookmark Button

Chong Wei Hambar

Apa sudah jadi dengan Lee Chong Wei dalam perlawanan akhir badminton perseorangan lelaki di Olimpik Beijing semalam menentang pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia, Lin Dan. Sedari awal lagi Chong Wei tidak menunjukkan prestasi yang seperti mana beliau pada sukan² sebelum ini. Ternyata semalam dia agak merudum dan kaku serta pergerakan yang lambat berbanding Lin Dan yang sentiasa mengasaknya.

Pada set kedua Chong Wei seperti mempunyai taktik baru setelah diberi nasihat daripada jurulatihnya Misbun Sidek pada rehat selepas set pertama. Namun taktiknya hanya bertahan untuk beberapa mata sehingga Lin Dan kembali mengasaknya dengan menggunakan taktik yang sama, seolah² mengetahui titik kelemahan Chong Wei dengan amat jelas. Kemenangan Lin Dan sebanyak 9 kali sebelum ni dalam 14 pertemuan mungkin menjadikannya sudah masak dengan pergerakan Chong Wei.

Perlawanan semalam boleh dikatakan agak hambar bagi kedua² pemaian. Tiada aksi menarik yang ditunjukkan seperti selalu. Chong Wei pula kelihatan gugup pada set pertama, mungkin kerana bermain di tempat lawan yang nyata mempunyai penyokong yang lebih ramai. Sedikit sebanyak memberi tekanan kepada anak kelahiran Pulau Pinang tersebut.

Walau apapun, Chong Wei berjaya menghadiahkan pingat perak pertama buat Malaysia dan berjaya mengatasi Rashid Sidek yang mendapat pingat gangsa dalam Olimpik Atlanta pada tahun 1996. Chong Wei mendapat ganjaran RM 30,000 daripada kerajaan serta pencen RM 3,000 sebulan.

Related posts

AddThis Social Bookmark Button

Setapak ke Pingat Emas

Lee Chong Wei berjaya membanggakan Malaysia setelah mengalahkan Sony Dwi dalam perlawanan badminton suku akhir perseorangan lelaki Olimpik Beijing 2008. Ini menjadikannya orang kedua selepa Rashid Sidek yang layak ke separuh akhir pada sukan Olimpik 1996.

Dalam enam pertemuan antara Lee Chong Wei dan Sony Dwi Kuncoro, ini adalah kemenangannya yang kelima. Lee Chong Wei akan berdepan dengan pemain Korea Selatan, Lee Hyun-il. Lee Hyun-il sebelum ini mengalahkan Bao Chunlai, bekas juara remaja dunia.

Diharapkan prestasi baik daripada Chong Wei akan berterusan. Malaysia Boleh!

Related posts

AddThis Social Bookmark Button

Hanya Tinggal Chong Wei

Agak mengecewakan apabila pasangan beregu emas suatu ketika dulu; Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong kecundang di tangan pemain Indonesia; Markis Kido dan Hendra Setiawan. Walaupun pernah menang menentang pasangan Indonesia tersebut dalam enam perlawanan sebelum ini, namun di Olimpik Beijing seakan² mereka tidak pernah bertemu. Mungkin juga pasangan muda negara ini agak gugup kerana itulah perlawanan pertama mereka di temasya sukan Olimpik.

Wong Mew Choo pula terkandas di suku akhir dalam perseorangan wanita badminton Olimpik 2008 apabila dikalahkan oleh Lu Lan. Kini yang tinggal hanya Lee Chong Wei yang diharapkan dapat membawa pulang pingat emas buat Malaysia.

Related posts

AddThis Social Bookmark Button

Choong Hann, Mew Choo Membanggakan

Prestasi yang membanggakan daripada pemain perseorangan kedua Malaysia, Wong Mew Choo apabila layak ke suku akhir Olimpik Beijing dalam acara badminton perseorangan wanita.

Choong Hann pula berjaya menewaskan Taufik Hidayat dengan straight set 21-19, 21-16. Berita semalam mengatakan yang Taufik sangat yakin untuk membawa pingat emas bagi Indonesia dalam perseorangan lelaki badminton walaupun dirasakan kurang yakin oleh PBSI kerana persiapan kurang rapi daripada pemain itu selepas demam denggi. Semangat juang yang baik untuk dicontohi daripada Taufik Hidayat, tetapi kini ianya hanya tinggal semangat.

Diharapkan kesemua pemain Malaysia dapat mempamerkan prestasi yang sangat membanggakan dalam sukan yang paling berprestij ini terutamanya badminton. Malaysia Boleh!!

Related posts

AddThis Social Bookmark Button

Juara Regu Terbuka Indonesia 2008

Siapa sangka gandingan Mohd. Fairuzizuan dan Mohd. Zakry mampu menjuarai acara beregu buat kali kedua selepas menang di Terbuka Singapura minggu lalu. Daripada pengamatan saya di TV1 petang semalam, nampak gandingan ini makin garang, tapi tidak segarang Koo Kien Keat-Tan Boon Heong ketika mula-mula beraksi di Doha tahun lalu.

Saya cukup teruja bila salah seorang daripada mereka (saya lupa siapa) yang membuat pukulan low backhand dari belakang gelanggang sehinggakan pihak Indonesia tertipu atau ‘terkena’ dalam istilah saya dan rakan-rakan. Dua kali pukulan itu dibuat. Memang tidak terjangka.

Gandingan ini mengharapkan kelayakan ke Sukan Olimpik bulan 8 nanti tapi keputusan terletak pada tangan jurulatih. Sekiranya salah satu regu Malaysia yang telah layak menempah tiket ke Sukan Olimpik di Beijing itu mengalami kecederaan, berkemungkinan kemasukan Fairuzizuan dan Zakry ni dapat dipertimbangkan. Itulah yang diharapkan mereka.

Prestasi mereka semakin membanggakan. Siapa sangka, gandingan ini yang mampu mengulangi juara selepas Pertandingan Badminton Terbuka Indonesia yang dijuarai oleh Razif Sidek-Jalani Sidek pada 1990, 18 tahun yang lalu. Membanggakan lagi, lawan mereka semalam bukan calang-calang regu. Candra Wijaya-Tony Gunawan adalah bekas juara Olimpik dan juara dunia. Semestinya kemenangan semalam dengan membawa pulang RM56,000 menjadi kenangan dan pencapaian mereka yang sangat dihargai.

Related posts

AddThis Social Bookmark Button

Best Badminton Trickshots

Seems I takes very long ‘vacation’ from updating this blog. I’m not going some place that has no Internet connection, but I have other commitments and lack of time to update this blog actually. Perhaps I need someone to be my contributor. Of course, he or she is really interested in badminton (that is what you need to blogging about badminton things). Anyone? Just fill the form at contact me page.

About an hour ago I found this interesting video about badminton trickshots by world famous badminton players. This gonna be a good inspiration for me since I have a tournament on May 16th. Let’s take a look and learn something from this video.

Related posts

AddThis Social Bookmark Button